Pasukan All Is Well Menjuarai Kejohanan Mobile Legends eCurve Gaming Championship (EGC) 2019

Source: Aksiz

Bulan Mac lepas, pusat membeli-belah eCurve mengadakan kejohanan e-sukan dimana terdapat dua permainan yang dipertandingan iaitu PUBG dan Mobile Legends. Kedua-dua permainan tersebut berlangsung sepanjang bulan Mac dan pusingan akhir buat Mobile Legends baru sahaja disimpulkan semalam.

Kejohanan tersebut dijuarai oleh pasukan All is Well dimana mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,500. Bagi tempat kedua, pasukan Fruity Warriors membawa pulang RM2,000 dan diikuti tempat ketiga buat pasukan Five Red Army dengan wang hadiah sebanyak RM1,500.

Bagi kejohanan buat PUBG, ia berlangsung pada 25 Mac lepas dengan kemenangnan bagi pasukan AROV Esports dimana mereka membawa pulang RM2,400 diikuti dengan pasukan MPX Squad dan Junior Talent dengan wang hadiah sebanyak RM1,200 dan RM600.

eCurve Gaming Championship (EGC) 2019 ini merupakan kejohanan kedua yang dianjurkan oleh eCurve dan sememangnya kejohanan tersebut berlangsung dengan baiknya dengan sambutan yang memberansangkan sepanjang acaranya di eCurve, Petaling Jaya semalam.

Gina Long Ahmad, iaitu penolong pengurus besar juga menyatakan bahawa mereka amat teruja untuk mengajurkan kejohanan e-sukan ini untuk kali kedua secara berturut-turut. Beliau juga menambah bahawa kejohanan e-sukan bukan sekadar hobi dimana ianya juga turut menggalakkan kemahiran pemain bermain secara berpasukan dan berstrategi.

Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah buat pasukan yang menjuarai kejohanan tersebut dan pastinya dengan berkembangnya arena e-sukan di Malaysia ini, kita mungkin akan melihat lebih banyak pertandingan e-sukan akan dipertandingkan pada masa akan datang.

Other News

geekfam-2020

Geek Fam and RNG dominate day one in Bukovel

| Uncategorized | No Comments
Geek Fam and RNG dominate day one in Bukovel Source: VPEsports The 2020 Dota 2 Pro Circuit season kicked off earlier today as Group A begun at the WePlay! Bukovel…

PMGC 2022: Malaysian Team Geek Fam Keen to Stage Comeback Despite Uphill Battle

| Uncategorized | No Comments
PMGC 2022: Malaysian Team Geek Fam Keen to Stage Comeback Despite Uphill Battle It’s do-or-die going into day three of the tournament. Malaysian PUBG Mobile team Geek Fam had a…

Wajah dan Roster Baru Geek Slate untuk Hadapi MPL ID Season 11

| Uncategorized | No Comments
Wajah dan Roster Baru Geek Slate untuk Hadapi MPL ID Season 11 Perubahan nama Geek Fam berkat kerja sama dengan Slate Esports dan perusahaan induknya yang bernama Avium Dari rangkaian…
KYG-DamRUDE

DamRUDE – KNOW YOUR GEEK!

| Uncategorized | No Comments
DamRUDE - KNOW YOUR GEEK! What would you do during your free time?  Play games or watch movies. What is your favourite food? Beef. Who is your favourite singer? My…