Saksikan Team Asbol, Lotac & Geek Fam Berentap Di Acer APAC Predator League Grand Final

Source: MyGameOn

Tahun lepas, Geek Fam menjuarai Acer Predator League edisi pertama, siapa pula yang akan meneruskan kejayaan itu kali ini? Dengan penambahan PUBG sebagai e-sukan kedua, pastinya saingan lebih sengit kali ini!

Edisi 2019 ini bukan saja mengumpulkan lebih banyak negara serata Asia tapi juga menawarkan wang tunai terkumpul lebih tinggi sebanyak USD250,000 (kira-kira RM1 juta)!

Baca lanjut: Acer Predator League 2019 kembali

 

Bagi edisi kali ini yang diadakan di Bangkok, Thailand, ia mengumpulkan seramai 26 pasukan untuk Dota 2 dan PUBG malah untuk permainan Dota 2 saja mempunyai dua pasukan Malaysia iaitu Lotac dan Geek Fam sementara PUBG pula menyaksikan Team Asbol yang melepasi pusingan kelayakan tak lama dulu.

Baca lanjut: Lotac dan Asbol layak ke Acer Predator League 2019

Ini adalah senarai penuh bagi skuad Dota 2 dan PUBG yang bertanding di Acer Predator League 2019 Grand Finals dalam format best of three:

Dota 2:

Alpha Red (Thailand)

Flash Gaming (Myanmar)

X (Singapura)

PxXIINDOMIYUS (Sri Lanka)

YG (Mongolia)

Lotac & Geek Fam (Malaysia)

TNC Predator (Filipina)

Signify (India)

Boom.ID (Indonesia)

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG)

Signature. Purple Mood & Pinto Gaming, Mith (Thailand)

Tag (Taiwan)

Sunsister Suicider’s (Jepun)

Ayson Esports (Singapura)

Gamehome Esports (Vietnam)

Asbol (Malaysia)

GSSM (Hong Kong)

MP5 (Macau)

Team Immunity (Australia)

Ark Angel (Filipina)

Aerowolf. Team Eight (Indonesia)

Afreeca Freecs (Korea)

Raptors (India)

Selain kedua e-sukan ini yang akan dipertandingkan di dalam stadium, juga ada konsert mini dari BNK48. Bagi korang yang berada di Bangkok, bolehlah mari ke Nimibutr Sport Building yang juga Stadium Nasional Bangkok bermula Jumaat hingga Ahad ini. Terdapat juga food truck dan cosplayer yang memeriahkan acara ini.

Other News

Selepas menang MPL, Geek Fam fokus latihan untuk MSC

| Uncategorized | No Comments
Selepas menang MPL, Geek Fam fokus latihan untuk MSC Source: What's The Meta KUALA LUMPUR – Meski baru digelar juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura baru-baru ini, pasukan…

Mobile Legends & PUBGM Gaming Championship

| Uncategorized | No Comments
Mobile Legends & PUBGM Gaming Championship Source: Digi Community It’s time to prove how good of a player you really are! Your chance is here, the time is now. TheeCurve…
Esmeralda_Ruddy_Dusk_wall-1024x576

A Peek at the MPL MY/SG S4 Playoffs: Storylines and Predictions

| Uncategorized | No Comments
A Peek at the MPL MY/SG S4 Playoffs: Storylines and Predictions Source: mysg.mpl.mobilelegends.com Hey there MPL fans! The Playoffs are happening this weekend, and everyone’s excited to watch the qualifying…
geek-fam-pubg-news

PUBG: Geek Fam bentuk pasukan baharu, pertaruh bekas pemain CSGO

| Uncategorized | No Comments
PUBG: Geek Fam bentuk pasukan baharu, pertaruh bekas pemain CSGO Source: Astro Awani KUALA LUMPUR: Pasukan Dota 2 tersohor tempatan Geek Fam kini mengembangkan pengurusan e-sukannya dengan memperkenalkan kumpulan PlayerUnknown's…