PUBG: Geek Fam bentuk pasukan baharu, pertaruh bekas pemain CSGO

Source: Astro Awani

geek-fam-pubg-news

KUALA LUMPUR: Pasukan Dota 2 tersohor tempatan Geek Fam kini mengembangkan pengurusan e-sukannya dengan memperkenalkan kumpulan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) tersendiri baru-baru ini.

Ia terdiri daripada empat bekas pemain profesional Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) yang sebelum ini dikenali sebagai Stadium Fighter Malaysia.

Ketua pasukan Geek Fam PUBG, Muhammad ‘JangsxMan’ Farhan berkata beliau yakin kumpulannya mampu berdiri setanding dengan pasukan-pasukan PUBG terbaik Malaysia yang lain.

“Saya yakin Geek Fam PUBG mampu menjadi pasukan PUBG pertama di Malaysia dan Asia Tenggara untuk meletakkan satu aras yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan ini.

Selain Muhammad, pasukan tersebut terdiri daripada Muhammad ‘Saviour’ Hazwan, Raziq ‘ModyxMan’ Azraei dan Muhammad Izzuan ‘KnyGod’ Safwan.

Pasukan tersebut sebelum ini bertanding dalam kejohanan PUBG Australia Invitational ZIMO 2018 pada April lalu di Pusat Pameran dan Konvensyen Melbourne, Australia yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM448,000.

Bagaimanapun, mereka meraih tempat ke-17 secara keseluruhan dengan kutipan mata sebanyak 950, berada satu tangga di bawah kumpulan The Face Gaming yang merupakan salah satu pasukan PUBG Malaysia.

Kini Geek Fam PUBG sedang merebut kedudukan utama dalam saingan Kejohanan PUBG Asia Tenggara Kelayakan Singapura dan Malaysia yang berlangsung di Battle Arena, Petaling jaya pada hari ini dan semalam.

PUBG merupakan permainan video battle royale yang menjadi pilihan kebanyakan pemain permainan video di seluruh dunia sehingga mencatatkan jualan melebihi 30 juta salinan bagi versi Windows sejak ia dilancarkan sepenuhnya pada 20 Dis tahun lalu.

PUBG juga pernah mencatatkan rekod angka tiga juga pemain yang bermain secara serentak di platform pengedaran digital Steam.

Other News

KYG-Bubuu

Bubuu – KNOW YOUR GEEK!

| Uncategorized | No Comments
Bubuu - KNOW YOUR GEEK! Do you have a girlfriend?  Yes. Where is your favorite drop spot? Miramar - Power Grid. What is your maximum diving distance? 1500M. What's your…
geek-fam-pubg-news

PUBG: Geek Fam bentuk pasukan baharu, pertaruh bekas pemain CSGO

| Uncategorized | No Comments
PUBG: Geek Fam bentuk pasukan baharu, pertaruh bekas pemain CSGO Source: Astro Awani KUALA LUMPUR: Pasukan Dota 2 tersohor tempatan Geek Fam kini mengembangkan pengurusan e-sukannya dengan memperkenalkan kumpulan PlayerUnknown's…

Mobile Legends & PUBGM Gaming Championship

| Uncategorized | No Comments
Mobile Legends & PUBGM Gaming Championship Source: Digi Community It’s time to prove how good of a player you really are! Your chance is here, the time is now. TheeCurve…
geekfam dota esl

Geek Fam book their place in ESL One Hamburg 2019

| Uncategorized | No Comments
Geek Fam book their place in ESL One Hamburg 2019 Source: AFK Gaming Geek Fam has qualified for ESL One Hamburg 2019 after a clean sweep victory over Sterling Global…