MPL MY/SG S3 : Piala Liga Kekal Milik Malaysia – Geek Fam Juara Selepas Benam Evos Esports

Source: Meta.my

Gelaran juara liga bagi Liga Profesional Mobile Legends (Mobile Legends Professional League – MPL) MY/SG musim ke-3 kekal menjadi milik Malaysia selepas pasukan Geek Fam menewaskan Evos SG dari Singapura di perlawanan akhir pusingan main habis liga semalam.

Geek Fam merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang tinggal di hari kedua kejohanan selepas kesemua pasukan lain dari Malaysia tersingkir di hari pertama. Bermula dengan perlawanan di bahagian kumpulan menang berhadapan dengan Bigetron Esports, Geek Fam menempah tiket ke perlawanan akhir dengan menamatkan perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1.

Di bahagian kumpulan kalah, Evos Esports menewaskan rakan senegara dari Singapura iaitu Resurgence untuk mara bertemu dengan Bigetron Esports bagi menentukan tiket terakhir ke perlawanan akhir. Evos Esports terus mengekalkan rentak mereka untuk sekali lagi mara ke perlawanan akhir liga dengan menyingkirkan Bigetron dengan keputusan 2-1.

Namun begitu, selepas tewas kepada Saiyan Reborn di perlawanan akhir musim ke-2 yang lalu, hasrat Evos untuk menjadi juara musim ketiga turut sama menemui kegagalan. Pasukan Geek Fam yang membawa harapan terakhir Malaysia terbukti lebih kuat pada musim ini. Perlawanan akhir antara kedua pasukan itu berakhir dengan keputusan 3-1 memihak kepada Geek Fam.

Baca Juga :   Bekas Pemain KL Hunters, Ozora Veki Sertai Pasukan Mobile Legends MysteriousAssassin

Sebagai juara, pasukan Geek Fam membawa pulang hadiah berjumlah USD25,000. Evos Esports pula pulang sebagai naib juara dengan hadiah berjumlah USD12,000. Bagi pemilihan pemain terbaik pusingan main habis pula, ia di anugherahkan kepada Nik Aqieff “Dominus” Bin Nik Muhd Muhyyiddin yang membawa pulang hadiah berupa USD1,000.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Geek Fam sebagai juara keseluruhan liga bagi musim ketiga ini dan tidak lupa juga tahniah kepada Moonton, EGG Network dan Astro selaku penganjur liga yang telah diadakan dengan jayanya.

Geek Fam Mobile Legends :

  • “Dominus” Nik Aqieff Bin Nik Muhd Muhyyiddin
  • “Artz” Muhammad Nazmi Khalid
  • “2ez4jepv” Mohd Haqqani Bin Jaffar
  • “Xorn” Mohd Zul Hisham Bin Mohd Noor
  • “Feekz” Amirul Shafiq Mohd Amir
  • “Rippo” Muhd Arif

Other News

geekfam dota esl

Geek Fam book their place in ESL One Hamburg 2019

| Uncategorized | No Comments
Geek Fam book their place in ESL One Hamburg 2019 Source: AFK Gaming Geek Fam has qualified for ESL One Hamburg 2019 after a clean sweep victory over Sterling Global…
geek-fam-pubg-news-3

GEEK FAM Is a Winner Winner Chicken Dinner at the PUBG MY/SG Championship 2018

| Uncategorized | No Comments
GEEK FAM Is a Winner Winner Chicken Dinner at the PUBG MY/SG Championship 2018 Source: eGG Network Recently, the top 20 teams in Malaysia, Singapore and Brunei competed in the…

All Is Well & AROV Esports Juara Kejohanan Mobile Legends & PUBG Mobile Anjuran eCurve

| Uncategorized | No Comments
All Is Well & AROV Esports Juara Kejohanan Mobile Legends & PUBG Mobile Anjuran eCurve Source: MyGameOn Siapa je yang tak suka usha perlawanan PUBG dan Mobile Legends di dalam…
Geek Fam Dota2 2019-2020 Players

Geek Fam’s Journey in DPC 2019-2020 – The Story So Far

| Uncategorized | No Comments
Geek Fam's Journey in DPC 2019-2020 - The Story So Far It’s Shuffle Season Again - Time To Rebuild Hey Fam! It’s that time of the year again - after…