DOTA 2: Geek Fam Umum Roster Terbaru, Diketuai Pemain Veteran, Kyxy

Source: MyGameOn

Selepas sekian lama menyepi, Geek Fam akhirnya mengumumkan skuad Dota 2 terbaru mereka.

Pasukan ini terdiri daripada Justine Ryan Evangelista “Tino” Grimaldo (Carry), Sandro Deldo “Luciano” Aguinaldo (Mid), Lee “Kyxy” Kong Yang (offlane), Mark Jubert Mendoza “Shanks” Redira (support) dan Pang “Brayant” Jian Zhe (support).

2 pemain dari Malaysia (Kyxy dan Brayant) bersama tiga lagi pemain Filipina akan bertarung untuk menyertai kejohanan Minor dan Major Dota Pro Circuit pada Februari. Menariknya, mereka juga layak untuk Asia Pacific Acer Predator League 2019 di Bangkok kerana kemenangan Geek Fam tahun lepas di Indonesia selepas menewaskan tuan rumah, Boom ID.

Kyxy sebagai pemain veteran pastinya akan memberikan pengalaman berharga dan leadership skill kepada pemain lain. Beliau pernah menjadi ahli skuad Orange Esports dan mendapat tempat ketiga di The International 2013. Brayant pula akan bermain sepenuh masa untuk Geek Fam dan beliau juga pernah menyertai organisasi ini tak lama dulu. 3 pemain Filipina ini pula adalah dari pasukan Quid Pro Quo yang mendapat tempat ketiga di Acer Pacific Acer Predator League 2018.

Kami dari MyGameOn ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan berharap kejayaan pada tahun lalu dapat diteruskan! Jangan lupa ikuti MyGameOn di Facebook dan YouTube untuk berita gaming terkini!

Other News

KYG-Dominus

Dominus – KNOW YOUR GEEK!

| Uncategorized | No Comments
Dominus - KNOW YOUR GEEK! What is your favourite memory?  My favourite memory was when I went to Italy. What is your favourite music genre? Pop. Would you want the…

Mushi & Raven join Geek Fam!

| Uncategorized | No Comments
Mushi & Raven join Geek Fam! Source: eGG Network Geek Fam's New Roster The Malaysian Dota 2 legend, Mushi has officially joined Geek Fam. The latest roster also includes Raven, Skemberlu,…
KYG-Veki

Veki – KNOW YOUR GEEK!

| Uncategorized | No Comments
Veki - KNOW YOUR GEEK! Would you give up playing games if you were offered a Million Ringgit?  It would be hard to not play a SINGLE GAME at all,…

Selepas menang MPL, Geek Fam fokus latihan untuk MSC

| Uncategorized | No Comments
Selepas menang MPL, Geek Fam fokus latihan untuk MSC Source: What's The Meta KUALA LUMPUR – Meski baru digelar juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura baru-baru ini, pasukan…