All Is Well & AROV Esports Juara Kejohanan Mobile Legends & PUBG Mobile Anjuran eCurve

Source: MyGameOn

Siapa je yang tak suka usha perlawanan PUBG dan Mobile Legends di dalam pusat membeli belah kan?

Minggu lalu, eCurve mengadakan kejohanan Mobile Legends dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile pada 23 dan 24 Mac. Pertandingan ini adalah untuk menghimpunkan bakat-bakat yang ada di Malaysia.

 

Bagi kejohanan Mobile Legends, pasukan All Is Well berjaya membolot tempat pertama dan menerima wang tunai RM3,500. Di tempat kedua dan ketiga, ia dimenangi oleh Fruity Warrior dan Five Red Army masing-masing membawa pulang RM 2,000 dan RM1,5000. Tempat keempat dimenangi oleh Kuching Numpang NGK menerima RM1,000 sementara tempat kelima dan keenam dimenangi oleh Mistaken (RM600) dan Team Xorn (RM400).

 

PUBG Mobile pula menyaksikan AROV Esports muncul juara membawa pulang wang tunai RM2,400 sementara MPX Squad (RM1,200) dan Junior Talent (RM600) menduduki tempat kedua dan ketiga. Genius Team, Regalia Esports dan Ghost of Sosnovka Alpha pula masing-masing menerima wang tunai RM400, RM250 dan RM150.

Penolong Pengurus Kanan, Pajakan dan Pengiklanan & Promosi, Gina Long Ahmad berkata, eCurve sebagai pusat membeli-belah yang memfokuskan kepada hiburan, pihaknya berbesar hati untuk menganjurkan kejohanan e-sukan ini kepada pengunjung.

“Bagi tahun kedua ini, ia lebih seronok dengan PUBG dan Mobile Legends menjadi sangat popular dalam kalangan pemain muda dan kami teruja menyediakan peluang kepada mereka bertanding di platform lebih besar. Bukan saja sebagai hobi, permainan ini menggalakkan kerjasama pasukan dan kemahiran merangka strategi yang penting,”

Other News

DOTA 2: Geek Fam Umum Roster Terbaru, Diketuai Pemain Veteran, Kyxy

| Uncategorized | No Comments
DOTA 2: Geek Fam Umum Roster Terbaru, Diketuai Pemain Veteran, Kyxy Source: MyGameOn Selepas sekian lama menyepi, Geek Fam akhirnya mengumumkan skuad Dota 2 terbaru mereka. Pasukan ini terdiri daripada…
Geek Fam Dota2 2019-2020 Players

Geek Fam’s Journey in DPC 2019-2020 – The Story So Far

| Uncategorized | No Comments
Geek Fam's Journey in DPC 2019-2020 - The Story So Far It’s Shuffle Season Again - Time To Rebuild Hey Fam! It’s that time of the year again - after…
Esmeralda_Ruddy_Dusk_wall-1024x576

A Peek at the MPL MY/SG S4 Playoffs: Storylines and Predictions

| Uncategorized | No Comments
A Peek at the MPL MY/SG S4 Playoffs: Storylines and Predictions Source: mysg.mpl.mobilelegends.com Hey there MPL fans! The Playoffs are happening this weekend, and everyone’s excited to watch the qualifying…
geek-fam-pubg-news

PUBG: Geek Fam bentuk pasukan baharu, pertaruh bekas pemain CSGO

| Uncategorized | No Comments
PUBG: Geek Fam bentuk pasukan baharu, pertaruh bekas pemain CSGO Source: Astro Awani KUALA LUMPUR: Pasukan Dota 2 tersohor tempatan Geek Fam kini mengembangkan pengurusan e-sukannya dengan memperkenalkan kumpulan PlayerUnknown's…